Saturday, September 13, 2008

Rumput dan kasih sayang..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

" adakah benar semua ini?"

" huh..bosannya nk habiskan helaian buku ni..dh naik ngantuk dah..bila la nk hbs study ni?.." keluhan kecil dari hati seorang siswi.Adriana terus melayangkan fikirannya sambil mata tertumpu pada sebaris ayat.." The Hindus believe on the existence beings just like Greek and Sufis.Existences being are but one.." Diulangnya berkali-kali namun sentence tu xdpt difahami..
"Ish..geram aih.Xmsuk aku stdy ni..nape la pyh sgt nk fhm..nanti la aku baca..dh letih!" ..Tiba-tiba ada message masuk..tet..tet..tet..Terdetik di hati " jgn suruh ak g meting sudah..xlarat ni.."

" Askm..apa khbr? shat ke?lama xdgr cite..nk mtk maaf atas segala apa yang sy dah lakukan pada awk..harap awak maafkan.." Aik..nape tiba2 ja p.cik ni msg mcm ni..confius aku?? Mmg mcm chipsmore..sekejap ada sekejap xdak.. Nape dia msg aku plak ni..dh lama dia menghilang..

Adriana memberanikan diri menggerakkan jarinya.." salam..alhmdulillah sht.Dnt wori awk xde salah apa2..sy dh maafkan segalanya.." ish2..pelik jgk nape perlu aku kata cm tu ek? biarla.sedapkan hati dia udah la.. Adriana bangun untuk mengambil lap top..nk dgr halwa telinga jap..Fikiran Adriana tertumpu pada saudara tdi..Dia termenung seketika.." dia kembali muncul dalam hidup aku!!! " Ahh.. xnk lah..dia ni main2 sgguh!!Dulu pernah aku meletakkan harapan padanya..tapi aku takut hanya aku yang merasai perasaan kasih dan sayang itu.. Adriana terkenangkan kelemahan dirinya.." Aku ni bukan nya segak mcm org lain pon..xpyh la berangan lebih2..tgk pengalaman lepas..ditinggalkan mcm tu ja..nk ulang lgi ke?.." Adriana membiarkan dirinya diakluki perasaan sedih mengenangkan nasibnya..

Hari demi hari, saudara tersebut menghantar msg kepadanya..Huh..sedikit sebanyak Adriana melayan msg2 tersebut..Nape ni?? dia pun keliru dengan setiap respon terhadap si dia..entah kenapa adriana mudah percaya dan yakin dengan setiap kata2 yang terungkap oleh nya..adakah disebabkan factor family??rupa2nya hati adriana telah ditakluki.a.Dia tersentak lalu beristigfar.."astagfirullah"....

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kepapaan, kekurangan dan kehinaan. Dan aku berlindung dengan Engkau dari aku menganiaya atau dianiaya
Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu akan sesuatu kehidupan yang bersih, kematian yang lurus (wajar) dan kembali dengan tidak ada mendapat kehinaan dan cacat cela.
Ya Allah, tunjukkilah aku ke arah sebaik­baik akhlak tidak ada yang dapat menunjuki ke arah yang sebaik­-baik akhlak kecuali Engkau. Dan palingkanlah aku dari kejahatan akhlak itu, yang tidak akan ada yang dapat memalingkannya daripadaku akan kejahatan kecuali Engkau sahaja
Amin..

Adriana tunduk berlinangan air mata....- to be continued-

Thursday, September 11, 2008

Fasa 2- " Indahnya Ramadhan"


Hadir mu membawa sejuta pengharapan..

Harapan untuk kali ini lebih sempurna dari semalam..

Sujud syahdu di halaman rindu..

Mendamba keampunan dari MU..


Aku tahu siapa aku..

Hanya hamba yang lesu lagi kaku..

Ku temui Ramadhan peluang terbaikku..

Menakung taubat dalam kolam keinsafan dulu..


Bila dahi bertemu sejadah,

Terasa kasihnya Yang Maha Esa

Dalam sujud keningan malam..

Menagih keampuanan dari ILAHI..


Ya ALLAH.

Hamba ini berdoa kepada MU..

Tetapkanlah iman hambaMU ini..

Berilah petunjuk yang agung..

Agar bisa diri ini taat kepada MU….