Monday, August 18, 2008

hanya tinggal kenangan...








Dah lama xmenulis dalam blog ni..busy sikit.Alhamdulillah baru habis melaksanakan pgram agak besar anjuran tenure kami, IRKHS'S 07/08.Berkonsepkan intelektual ISLAM,maka prgram tersebut di namakan ISLAMIC INTELLECTUAL ISLAM 2008 ( IID 08) Bbermula pada 4 ogos sehingga 17 ogos 2008..Ada 7 subpgram under IID ni..ada Opening ceremony&sharing moment with DR IRFAN KHAIRI " JUTAWAN MUDA INTERNET", Islamic Finance Exhibition yang melibatkan Bank Muamalat, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, Ar-Rahnu, dan Bank Islam. Then, ada Forum GENIUS yang mengupas tentang isu Sufiah..Best:) Prgram yang di tunggu2 ialah PRE MARRIAGE COURSE..Ha, yang ni paling ramai participant..alhmdulillah..Minggu seterusnya diserikan degan Islamic Ethic Campaign, Forum on PTPTN (hangat habis malam forum tu!!), Workshop on Faraidh((penglibatan dari IPTA&IPTS lain) dan semalam adalah Closing ceremony& Islamic Cultural Night..Artist semalam MESTICA..ada jgk dikir Acheh, dikir barat and Tromba..ada jgk ipt lain datang semalam..meriah sungguh:)

Sayu hati semalam bila tgk multimedia presentation yang mengimbas kembali kenangan2 waktu bekerja..Banyak benda yang ana dapat sepanjang menerajui pimpinan IID 08.. Bercakap memang senang, nak melaksana sesuatu yang sukar..Tu sebab ALLAH dh tegaskan dalam surah As-Soff:2-3 " Wahai orang-orang yang beriman!!Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." Takut bila dengar amaran ini..tapi sejauh mana penghayatan kita?? Astagfirullah..kala hati ribut dengan dunia,kita leka seketika.. Ada air mata mengalir di tengah kesedihan, ada senyuman terukir di tengah kegembiraan, ada keringat menitis di tengah kegigihan..maka ada kejayaan yang datang di tengah kesabaran..

Buat shbt2 seperjuangan,syukran atas segala jasa&pengorbanan semua..Segala suka dan duka kita bersama, akan menjadi sebuah memori yang terindah..Jutaan kemaafan di pohon, andai selama ana menerajui pimpinan IID banyak kekurangan dan kelemahan.. Sahabat.. ada ketika seseorang ISLAM itu di uji..hatinys direngut puncak kesabaran..namun dia tak akan mungkin cepat melatah.. dijatuhkan dirinya dalam rengkuhan KETAATAN pada RABBnya..menyulam air mata PENGHARAPAN..Dalam sujud yang tulus, dia mula menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak..bebenang yang lusuh itu menjalin kekuatan buat dirinya untuk kembali bangkit menyatu dalam CINTA kepada RABBnya..Sungguh indah perilaku yang lahir dari ketulusan..:)
YA ALLAH..Engkau menyaksikan segala perilaku kami..atas niat suci, kami bekerja demi AgamaMU..tautan keikhlasan dan keredhaan kami bersatu,semoga langkah kami tidak terhenti dan kaku..semangat kami tidak lesu..dan semoga jambangan ukhhwah kami tidak layu sebagai bekalan bertemu ALLAH yang satu..







Friday, August 15, 2008

today...

Alhamdulillah sempat jugak menghabiskan "Sayyidul ayyam" hari ni..Nikmat tu...Yang paling best hari ni dapat tolong shbt2 se"kampus" untuk install wireless free..Macam-macam karenah laptop-laptop yang ana hadapi.."dia" pun nak layanan jugak kadang-kadang..mau x nye, sampaikan ada yang umpama penternak "virus" yang berjaya.:) Merajuk la laptop tu..x dijaga dan x dibelai.."dia" pun cam kita jugak.Nak manja2.. Dalam kekalutan tadi, ana terfikir seketika, berbaloikah universiti bagi free wireless untuk semua? " Baloi lah..kan itu tanggungjawab pihak atasan untuk mnyediakan perkhidmatan dan menjaga kebajikan students.." "Xpatut betoi bagi students free wireless!depa bukan nak hargai sangat pun..Gheja bukak friendster dan My space.." macam-macam jawapan menerjah fikiran ana tdi..So, macam mane ye?? Bila dah tenang sikit, hati ana terdetik..Manusia ni x pernah nak hargai benda di depan mata..Kalau hilang dari pandangan mata baru nak gelabah..Betoi x? CHECK BALIK DIRI KITA...

Aku ingin ENGKAU tahu..



Kala aku jejaki kehidupan ini
Tersentak aku dari lamunan..
Masih banyak ruang kosong yang ku tinggalkan
Lalu aku cuba penuhinya dengan sejuta impian dan pengharapan..

Kiranya nanti impian itu membahagiakan
Aku ucapkan syukur kepada MU Ilahi
Kiranya nanti impian itu mengecewakan
Aku pasrah kepada MU Rabbul 'Izzati..

Namun yang aku pasti...
Tiada kebahagian yang tidak disulami kekecewaan
Tiada kemanisan yang tidak disulami kepahitan
Tiada ketenangan yang tidak disulami kekocakan

Dan hakikat ini menyedarkan aku..
Usaha hadapi hari mendatang dengan susun atur berstrategi..
Dan tawakal pada ALLAH andainya bahagia yg ingin dimiliki..
Agar tabah dalam menggapai impian abadi....




Wednesday, August 13, 2008

kadang-kadang terlintas di fikiran untuk apa kita perlu berhempas pulas mendapatkan segulung ijazah????sedangkan di luar sana wujudnya lambakan graduan yang diibaratkan seperti longgokan durian yang " tidak di beli".. Jadi,mcm xbernilai pun ijazah tu.Shbt2,apa yang perlu kita pegang ialah BELAJAR BUKAN UNTUK DAPATKAN IJAZAH TAPI LILLAHI TA'ALA..Yang menjadi masalah sekarang kita lebih "aulakan" keperluan dunia sehingga mengetepikan keperluan abadi kita.. Apa yang kita dapat? hanya penat dan lelah..lebih teruk lagi stress dengan tugasan-tugasan pembelajaran kita..sampaikan xsempat nak solat!! NA'UZUBILLAH..
Bila dah stress,belajar pun xmasuk akal..so,lebih tertekan bila mana ditanya tentang ilmu kepada kita dibalas dengan senyum kambing yang menyembunyikan seribu satu kekecewaan..Nampak x "NATIJAH" niat kita yang tersasar jauh dalam menuntut ilmu?? Dimana janji kita untuk melaksanakan "taklifan" sebagai khalifah di muka bumi ini??? Cakap memang senang..sejauh mana perlaksanaan? Realiti globalisasi,kita banyak bergantung kepada yg lain,selain dari ALLAH....Bila xsiap asgment, kita takut dengan lecturer..buat dia sound dalam kelas depan semua org, bukankah lece namanya??tapi bila kita trtinggal solat semata-mata untuk siapkan asgment, tidak pula kita takut pada ALLAH..kita anggap benda biasa sbb realiti manusia ni, biar jelas pada pandangan mata,baru nak percaya..Kalau diturunkan bala,barulah meratap menangis menyesal semuanya....Dah terlambat!! Indahnya ISLAM,hanya dengan ungkapan ASTAGFIRULLAH,maka terhapus lah dosa-dosa kecil..Tu pun kita xnampak lagi...

Kita malas nak ambi berat sebenarnya..xnak susah-susah..nak mudah-mudah je.Benda apa yang mudah??nak makan pun susah na..cuba bayangkan,kalau xde beras,cmne nk makan nasik?kalau jadi ulser dalam mulut,senang ke nak makan? apatah lagi andai xde duit..dunia hari ini,nak masuk toilet pun rm 0.50!!..hush,dasyat-dasyat...

Ayuh..kita bina hidup baru!!!atur langkah dan strategi!kita bukan siapa..WE ARE BORN TO WIN!! Perubahan satu kemestian dalam merencana sebuah kehidupan! Jangan hilang pergantungan pada Yang Maha Esa.. Kita cuma terleka dengan wangian dunia..Moh la kita!!

Ya Allah...jangan tinggalkan aku,ku lemah tanpa pimpinanMu,ku kerdil tanpa bimbinganMu,Ya Allah...aku memerlukanMu,Jangan tingglkan aku ya Allah..redhailah perjalanan hidupku..dunia & akhirat..dalam limpahan kasih & cintaMu ya Allah...

Tuesday, August 12, 2008

sahabat...

Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan.
Ingati daku sahabat...
Hakikat diri ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya.
Ingati daku sahabat...
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan.
Ingati daku sahabat...
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang berimanSupaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan.

we are what we wish...

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. macam mana tu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

aku insan biasa...


"Kehidupan bukanlah satu garis lurus,Bukan jalan yang tiada bersimpang,Bukan saliran yang tiada bercabang..Kehidupan itu garisnya bengkang-bengkok,Penantian di hadapan tak dapat dijenguk,Tak kuat iman selalu mengamuk,Lemah jiwa hati remuk..Kehidupan itu bersimpang-siur dengan jalan,Setiap satunya ada petunjuk di permulaan,Buta hati salah pilihan,Jalan mati tak ikut arahan..Kehidupan itu lautan luas,Sentiasa bergelora arus buas,Pandai berenang takkan lemas,Takkan sesat bersama kompas.."